MASA UNTUK MENULIS

Semua..segala.. outside in and inside out... dan.. to whom who may concern...
TO A TALE THAT WAS NEVER ENDED. A TALE THAT CREATED TO ME AND NARRATED CONTINOUSLY; QUICKENED WITH ALL OF INCIDENT, LIFE, FIRE, FEELING THAT I DESIRED AND UNDESIRED IN MY ACTUAL EXISTENCE... (Fix from the words: JANE EYRE, Charlotte Bronte, X11).

Ahad, 3 November 2013

AKU TAHU

Aku tahu apa itu 'senyum'
kerana hatiku berbunga-bunga saat ini
pada apa? aku kurang pasti
tapi, sejak hijrah itu aku jalani
hatiku lapang sekali
aku sudah mampu senyum dan ketawa
macam dulu-dulu
tiada lagi sakit di hati
tiada lagi marah-marah
tiada lagi benci
tiada lagi gundah

Terima kasih Allah
Kini...
Cintaku hanya untuk Mu


Isnin, 21 Oktober 2013

Selamat datang bahagia

Semua yang kulihat hari ini indah
segalanya bahagia
sampai satu saat aku terlupa
yang aku pernah bertemankan derita
tapi sekarang tidak lagi
bahagia itu milik ku
walau malu masih lagi menjadi hijab
tapi yang pasti
ku terima bahagia itu selapang hati
kerana kini hidupku berwarna-warni
Terima kasih Allah



Khamis, 26 September 2013

Hari stress

Hari stress sedunia
Patutkah ku ketuk kepala seseorang?
Soalnya....
Kepala siapakah?
Kepala dia?
Kepala kau?

Mana Acetaminophen?
Mana? mana?
Migrainku datang semula

Selasa, 24 September 2013

TOM

Itulah...kan dah cakap
duduk saja di rumah.
Makan dan minum disedia
Kalau nak main depan rumah je
Yang pergi jauh-jauh tu kenapa?
Gaduh pula tu

Nak tunjuk jantankah?
Lawan lawan kalah
Kaki patah dan luka
Tempang tak sudah-sudah

Tengok sekarang macam mana?
Nak tangkap tikus pun payah
Tom! Tom!
Memang kucinglah!!

Isnin, 23 September 2013

Puisi buat Mu

Tidak ku minta sayap
supaya dapatku terbang

Tidak juga ku pinta
wajah secantik Song Hye Kyo supaya semua terpana

Tidak ku minta Gucci, Prada, Versace
atau Bvlgari membaluti tubuhku

Cuma...
Pintaku.........
Teruslah tetap disisiku
Selalulah limpahkan kasih sayang Mu buatku
Tabahkanlah aku mengharungi hidup
walau sendiri-sendiri menapak di bumi mu yang luas ini
Tanamkan kesabaran dalam hatiku
Siramkan dengan butir-butir keimanan
Bajai dengan percaya
Padamkan marah yang bersembunyi di jiwaku
Jangan pernah tinggalkan aku
Sendiri-sendiri
kerana....
Hanya Kau yang ku ada
Kini dan seterusnya
Kerana aku terpinggir, dipinggirkan atau mungkin juga meminggir
Ya Allah.....
Aku di sini
Lihatlah aku
Aku di sini