Bukan aku tak sudi
cuma soal hati
tak mampu ku beri
MASA UNTUK MENULIS
Semua..segala.. outside in and inside out... dan.. to whom who may concern...
TO A TALE THAT WAS NEVER ENDED. A TALE THAT CREATED TO ME AND NARRATED CONTINOUSLY; QUICKENED WITH ALL OF INCIDENT, LIFE, FIRE, FEELING THAT I DESIRED AND UNDESIRED IN MY ACTUAL EXISTENCE... (Fix from the words: JANE EYRE, Charlotte Bronte, X11).
Isnin, 28 Januari 2013
Ahad, 27 Januari 2013
JIKA AKU BERPUISI
Jika aku
berpuisi
bacalah…
baca dengan hati
biar jiwa memahami
pejamkan mata dan selami
biarkan nurani berkata-kata
kerana aku ialah puisi
roh ku, jasad ku mahu pun hela nafas ini..
bacalah…
baca dengan hati
biar jiwa memahami
pejamkan mata dan selami
biarkan nurani berkata-kata
kerana aku ialah puisi
roh ku, jasad ku mahu pun hela nafas ini..
Khamis, 17 Januari 2013
Yang tercela
Gelap melingkari jiwa
mencari sepercik cahaya dalam rohku
bagaikan mencari sebatang jarum dalam laut
Kelukaan itu temanku
hanya benci menenteramkan gundah
bagai lagu membuai
air mata pula adalah darah dari hati yang luka
dihiris tajamnya bahasa
jasadku pula adalah malu
dan Allah kerap kali menghalangku dari terjun
ke dalam curam itu
membunuh diri lalu mati
aku tidak berhak
hak itu bukan untukku
namun, selalu juga Kau menebarkan kasih-Mu buatku
dan aku tetap juga menguncikan diri dalam roh gelap itu
Kerna nuraniku berkata
gelap dan kotornya rohku
tak berhak mendapatkan rasa kasih-Nya yang agung
lalu aku terus tenggelam dan tenggelam
namun tidak mati
nafas ku ada dan lemah
kerna tahukah kau....
bernafas dalam gelap itu menyeksakan
mendengar walau secebis pun suara manusia itu membawa perit dan derita
Mati.. aku takut
Hidup...aku tidak berhak
Jadi...
dalam gelap rohku
berharap sedikit cahaya menerobos melalui rekahan dinding jasadku
membolehkan aku paling tidak melihat tanganku sendiri
mengamati roh dan jasadku
berharap dan terus berharap
datanglah cahaya..kemari...
kearahku..
kearahku..
keluarkan aku..
bawaku pergi...
mencari sepercik cahaya dalam rohku
bagaikan mencari sebatang jarum dalam laut
Kelukaan itu temanku
hanya benci menenteramkan gundah
bagai lagu membuai
air mata pula adalah darah dari hati yang luka
dihiris tajamnya bahasa
jasadku pula adalah malu
dan Allah kerap kali menghalangku dari terjun
ke dalam curam itu
membunuh diri lalu mati
aku tidak berhak
hak itu bukan untukku
namun, selalu juga Kau menebarkan kasih-Mu buatku
dan aku tetap juga menguncikan diri dalam roh gelap itu
Kerna nuraniku berkata
gelap dan kotornya rohku
tak berhak mendapatkan rasa kasih-Nya yang agung
lalu aku terus tenggelam dan tenggelam
namun tidak mati
nafas ku ada dan lemah
kerna tahukah kau....
bernafas dalam gelap itu menyeksakan
mendengar walau secebis pun suara manusia itu membawa perit dan derita
Mati.. aku takut
Hidup...aku tidak berhak
Jadi...
dalam gelap rohku
berharap sedikit cahaya menerobos melalui rekahan dinding jasadku
membolehkan aku paling tidak melihat tanganku sendiri
mengamati roh dan jasadku
berharap dan terus berharap
datanglah cahaya..kemari...
kearahku..
kearahku..
keluarkan aku..
bawaku pergi...
Lokasi:
Lahad Datu, Sabah, Malaysia
Khamis, 10 Januari 2013
Korea oh Korea :)
Dingin takkan pernah mendiamkan aku
kerna mimpiku nyata
di sana aku akhirnya
memijak putih salju itu
menyimpan kemas kenangan dalam kalbu
Korea oh Korea :)
kerna mimpiku nyata
di sana aku akhirnya
memijak putih salju itu
menyimpan kemas kenangan dalam kalbu
Korea oh Korea :)
Langgan:
Catatan (Atom)


