Tidak ku minta sayap
supaya dapatku terbang
Tidak juga ku pinta
wajah secantik Song Hye Kyo supaya semua terpana
Tidak ku minta Gucci, Prada, Versace
atau Bvlgari membaluti tubuhku
Cuma...
Pintaku.........
Teruslah tetap disisiku
Selalulah limpahkan kasih sayang Mu buatku
Tabahkanlah aku mengharungi hidup
walau sendiri-sendiri menapak di bumi mu yang luas ini
Tanamkan kesabaran dalam hatiku
Siramkan dengan butir-butir keimanan
Bajai dengan percaya
Padamkan marah yang bersembunyi di jiwaku
Jangan pernah tinggalkan aku
Sendiri-sendiri
kerana....
Hanya Kau yang ku ada
Kini dan seterusnya
Kerana aku terpinggir, dipinggirkan atau mungkin juga meminggir
Ya Allah.....
Aku di sini
Lihatlah aku
Aku di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan