Aku berkata pada malas..
Jawabku pada kemalasannya bangun dan berkerja,
“apa guna kau menjadi jiwaku?”
“apa gunanya aku menjadi temanmu?”
jika ini yang kau beri dan hadiahkan padaku
jika ini yang ku peroleh darimu
kemalasan yang takkan berakhir jika kau sendiri tidak membantuku
jawabmu padaku
“apa gunanya aku menjadi jiwamu?”
“apa gunanya kau menjadi temanku?”
jika ini yang kau katakan padaku
jika kemalasan ini kau persoalkan
sedangkan kemalasanku tidakkan menganggumu jika kau
mengabaikannya jauh dari ruang ragamu
buang jauh-jauh, melatihku bangun dan berkerja
agar aku menjadi rajin berusaha.
KATAKU PADA MALAS..
Terima Kasih..
Kerana membawa sedar dalam jiwaku
Membawa fikir dalam akalku...
22.8.2005-Isnin-LD

Tiada ulasan:
Catat Ulasan